Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin ditengah-tengah minat belian yang muncul semula terhadap mata wang tempatan itu.
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen dijangka kekal menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat depan.
Beliau berkata, dasar ketat monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka memberi sokongan terhadap dolar AS memandangkan kelongggaran monetari kemungkinan besar tidak dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.
Iklan
"Para pegawai tinggi Fed dijangka terus menekankan pandangan bahawa kadar faedah penanda aras perlu terus kekal tinggi untuk membendung inflasi bagi mencapai sasaran 2.0 peratus yang ditetapkan mereka,” katanya kepada Bernama.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.0030/0067 daripada paras 2.9996/3.0017 pada Jumaat, turun berbanding euro kepada 5.1076/1136 daripada 5.1000/1032 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.9969/6.0039 daripada 5.9859/9898 sebelumnya.
Iklan
Berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah.
Ringgit susut berbanding baht Thailand kepada 12.8424/8626 daripada 12.8373/8507 dan turun berbanding peso Filipina kepada 8.10/8.11 daripada 8.09/8.10.
Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4883/4927 daripada paras penutup 3.4876/4901 pada Jumaat dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.3/294.7 daripada 294.5/294.7 sebelumnya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>