Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza

Iklan
Jet pejuang Israel dilihat melintasi langit Gaza sambil menggugurkan bom. Foto Reuters

BEBERAPA buah jet pejuang rejim Israel menyerang utara Gaza pada Ahad.

Menerusi rakaman video, jet pejuang Israel dilihat melintasi langit Gaza sambil menggugurkan bom, sekali gus menyebabkan letupan di beberapa kawasan.

Iklan
Iklan

Pada masa sama, pertempuran sengit terus berlaku di Jabaliya yang terletak di utara Gaza, ketika peperangan Israel-Hamas berterusan.

Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa mereka menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.

Iklan

Media Hamas berkata, serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di kawasan kejiranan berhampiran Jabaliya telah membunuh 10 orang dan mencederakan yang lain.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, hampir 36,000 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel setakat ini, sejak 7 Oktober lalu. - Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!