11 maut, 15 cedera dalam nahas dua kenderaan

Iklan
11 maut dan 15 lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah van dan sebuah trak di Wilayah Punjab, timur Pakistan pada Sabtu.

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 11 maut dan 15 lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah van dan sebuah trak di Wilayah Punjab, timur Pakistan pada Sabtu, lapor Xinhua yang memetik laporan perkhidmatan menyelamat.

Pihak perkhidmatan menyelamat itu berkata, kemalangan berlaku pada sebelah petang di kawasan Chowk Sarwar Shaheed apabila sebuah van penumpang melanggar trak itu mengakibatkan kematian.

Iklan
Iklan

Mangsa-mangsa kemudiannya dihantar ke hospital tempatan, ada yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan yang maut termasuk empat kanak-kanak serta tiga wanita, kata pihak perkhidmatan menyelamat itu.

Pihak perkhidmatan menyelamat yang memetik penumpang van itu mendakwa insiden berlaku kerana pemandu memandu melebih had laju dan cuai. - Bernama-Xinhua

Iklan

         

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!