6,000 ayam rentung, reban terbakar

Iklan
Kebakaran sekitar jam 7.00 pagi Ahad telah memusnahkan 80 peratus daripada reban mengakibatkan lebih 6,000 ekor ayam rentung. - Foto: JBPM Sarawak

KUCHING - Lebih 6,000 ekor ayam rentung selepas reban yang menempatkannya terbakar di Jalan Matang dekat sini pada Ahad.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.11 pagi dan segera mengaktifkan dua jentera dengan kekuatan 17 anggota dari Balai Petra Jaya dan Batu Lintang.

Iklan
Iklan

Tiba di lokasi sekitar 22 minit kemudian, pasukan mendapati kebakaran melibatkan satu daripada 11 reban ayam, yang mengandungi sekitar 5,000 ke 6,000 ekor ayam.

"Api telah memusnahkan 80 peratus daripada reban tersebut," katanya lagi.

Iklan

Punca kebakaran dan anggaran kerugian katanya, masih dalam siasatan pasukan forensik. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan