Tim Media pemangkin prestasi Singapura pada Piala Dunia Sepak Takraw

Iklan
Tim Media yang mengadakan aksi persahabatan menentang Singapura di UIAM, Gombak sempena Piala Dunia Sepak Takraw di Kuala Lumpur. Foto Tim Media

KEMERIAHAN penganjuran Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur ketika ini turut dirasai oleh Tim Media apabila menjadi rakan sepelatih skuad Singapura dua hari sebelum kejohanan berprestij itu bermula 18 Mei lalu dan berakhir pada Ahad.

Penghormatan besar bermain empat perlawanan persahabatan pemanas badan dengan pasukan antarabangsa itu juga mendapat kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk dilangsungkan di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Wanita UIAM, Gombak.

Iklan
Iklan

Tim Media di bawah pengurusan wartawan, Abdul Hafiz Ahmad mencipta pencapaian luar dugaan dengan seri tiga daripada empat perlawanan regu berpasukan tersebut yang diselang-selikan dengan Singapura menentang UIAM Mustangs - pasukan Liga Sepak Takraw Varsiti (VSL).

Ketua jurulatih Singapura, Salleh Nanang mengakui aksi itu memberikan impak kepada kejayaan pasukannya mengejutkan Korea Selatan, lawan di ranking dunia lebih baik 10-15, 15-11, 15-12 untuk mara ke suku akhir acara antara regu sebagai naib juara Kumpulan C pada 19 Mei lalu.

Iklan
Salleh (berdiri kiri) bersama skuad Singapura yang mara ke suku akhir acara antara regu Piala Dunia Sepak Takraw di Kuala Lumpur. Foto Tim Media

"Ia benar-benar berkesan, terima kasih kepada Tim Media,” katanya yang hanya tiba beberapa jam di Kuala Lumpur dari seberang Tambak Johor sebelum bergegas ke UIAM.

Malah bagi Abdul Hafiz ia satu pengalaman tidak ternilai buat Tim Media kerana dapat bermain dengan sebuah pasukan antarabangsa sempena Piala Dunia yang kali terakhir diadakan di ibu negara pada 2011.

Iklan

"Ketika edisi pertama Piala Dunia itu, kami juga pernah menentang Pilihan Eropah dalam persahabatan di Stadium Titiwangsa,” kata Hafiz.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!