KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Iklan
Penambahan perkhidmatan ini bertujuan menampung permintaan tinggi semasa musim perayaan dan mengelakkan kesesakan trafik bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman.
KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan tambahan empat unit tren elektrik (ETS) iaitu masing-masing dua bagi laluan Padang Besar-KL Sentral dan sebaliknya serta KL Sentral-Butterworth dan sebaliknya sempena Aidiladha ini.
KTMB dalam kenyataan semalam memaklumkan tren tambahan bagi laluan Padang Besar ke KL Sentral dan sebaliknya akan beroperasi bermula 13 hingga 18 Jun dan 21 hingga 23 Jun manakala laluan Butterworth ke KL Sentral dan sebaliknya beroperasi dari 13 hingga 18 Jun.