Harmoni dalam bingkai perpaduan
Iklan
AYAT FB:
Bingkai perpaduan demi keharmonian kekal bahagia adalah tanggungjawab bersama agar kita rasa selamat dan aman dalam hayunan perpaduan. Foto hiasan
KEMENTERIAN Perpaduan Negara telah mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan di Johor mulai 23 sehingga 26 Mei ini dan di peringkat negeri sepanjang beberapa bulan ini. Ia bertujuan menyuntik semangat perpaduan dalam keseluruhan warga tanah air ini.
Ini Malaysia kita dan kita perlu bersatu walau berbeza agama, ras, etnik, gender, kelas, wilayah mahupun fahaman politik. Perpaduan adalah telapak kesatuan untuk memastikan kita kekal utuh dalam hubungan sesama insan.