KBS terus pantau keadaan Siti Nurul Masyitah

Iklan
Laporan Sukan Sinar.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) terus memantau keadaan dan perkembangan atlet kayak kebangsaan Siti Nurul Masyitah Elias, 22, yang parah akibat kemalangan selain akan memastikan atlet itu segera sembuh.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS juga sedang menunggu laporan penuh doktor untuk tindakan lanjut selain berusaha memastikan kebajikannya sentiasa diberi perhatian.

Iklan
Iklan

"Timbalan Menteri KBS, Adam Adli Abd Halim bersama Majlis Sukan Negara (MSN) telah pun melawat beliau dan kita dimaklumkan Siti Nurul Masyitah yang sebelum ini selamat menjalani tiga pembedahan, perlu menjalani beberapa pembedahan lain.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat kebangsaan di Dataran Pahlawan Banda Hilir di Melaka pada Sabtu.

Iklan

Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum ini media melaporkan Siti Nurul Masyitah mengalami retak bahu kanan, tulang pingggul dan luka di bahagian kaki akibat kemalangan di Kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur (EDL) baru-baru ini. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!