SkyWorld raih tiga anugerah teratas di StarProperty Awards 2024

Iklan
Barisan kepimpinan SkyWorld bersama anugerah yang dimenangi di StarProperty Awards 2024 baru-baru ini.

PEMAJU bandar, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) melakar kejayaan membanggakan apabila meraih tiga anugerah teratas di StarProperty Awards 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpu baru-baru ini.

Anugerah yang mendapat pengiktirafan tertinggi itu diberikan kepada SkyWorld berikutan pencapaian cemerlangnya dalam industri hartanah.

Iklan
Iklan

Tiga anugerah yang diterima itu mendapat kedudukan enam teratas bagi All-Stars Award, Most Preferred Developer in the coveted StarProperty Reader's Choice Award dan Recognition for The Vesta Residences @ SkySierra, Setiawangsa, in The Family-Friendly Award.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas pengiktirafan tersebut.

Iklan

"Kami amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini di StarProperty Awards 2024. Dengan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berjaya merealisasikan pencapaian ini.

"Melalui sokongan berterusan semua pihak berkepentingan iaitu rakan perniagaan, komuniti dan pasukan di belakang SkyWorld, kami secara konsisten berjaya melebihi jangkaan dan memacu usaha berterusan bagi mencipta ruang kediaman yang luar biasa kepada penghuni kediaman kami," katanya.

Iklan

Malam anugerah berprestij itu juga turut dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Sementara itu, SkyWorld juga kekal teguh dalam komitmennya untuk 'Menjadikan Kehidupan Lebih Baik' sejajar dengan visi menyeluruh syarikat iaitu menjadi pemaju bandar terbaik.

Malah, dengan secara konsisten menetapkan tanda aras baharu dan mentakrifkan semula standard kualiti dan profesionalisme, SkyWorld bersedia untuk membawa visinya menjadi kenyataan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!