Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - PM

Iklan
Anwar ketika berucap merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, pada Sabtu. Foto Bernama

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kerajaan mengambil langkah membentangkan rang undang-undang berkenaan, selepas mendapat usul daripada golongan belia sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini ada usul daripada belia-belia. Dia minta supaya adakan Suruhanjaya Gig kerana puluhan ribu malah mencecah 100,000 anak-anak muda (bekerja) dalam (sektor) ekonomi gig.

"Kerajaan terus (rangka) dan kita telah siapkan undang-undang (Suruhanjaya Gig) dan insya-Allah boleh dibentangkan di Parlimen pada Julai akan datang, dan bila kita dengar suara belia, kita cuba bukan sekadar santuni tapi kita laksanakan (permintaan belia),” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim; Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Iklan

Anwar, ketika berucap pada penutup Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) di Putrajaya Mac lalu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig itu bagi melindungi hak 1.12 juta pekerja gig, dengan tumpuan untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia boleh menjadi negara hebat di rantau ini jika rakyatnya bersatu padu, menghilangkan keangkuhan dan perkauman sempit dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, justeru golongan belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan ada maklumat yang cukup, kerana golongan itu bukan terkenal kerana suaranya, tetapi cita-cita murni dan idealisme mereka.

"Maka kita mesti menolak fahaman perkauman sempit, fahaman agama yang jumud yang melemahkan kita, tapi mengangkat agama dari segi akidah yang baik dan akhlak yang baik.

"Ini tanggungjawab anak muda kerana apa-apa keputusan yang kita lakukan, kita nilai berdasarkan ilmu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM3 juta kepada Majlis Belia Malaysia, bagi melaksanakan program dan pengurusan kelab-kelab belia seluruh negara.

"Dan untuk (program) Rakan Muda yang menjadi keutamaan, ditambah oleh Kementerian Belia (dan Sukan) dan program belia mesti diberikan keutamaan dan dukungan, jadi saya setuju menyerahkan (perkara) ini kepada Hannah, supaya kita lengkapkan menjadi RM10 juta tahun ini," katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!