Jenazah Sarjan Faridah selamat diterbangkan ke Kedah

Iklan
Jenazah diberi penghormatan penuh adat istiadat ketenteraan sebelum diterbangkan ke Pendang,Kedah untuk dikebumikan pada Sabtu.

SUBANG - Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman selamat diterbangkan ke Pendang, Kedah menggunakan pesawat TUDM kira-kira jam 7.04 pagi pada Sabtu.

Jenazah Allahyarhamah sebelum itu tiba di Pangkalan Udara Subang jam 4.56 pagi daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Iklan
Iklan

Jenazah disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin, Pangkalan Udara Subang selepas selesai solat Subuh.

Jenazah Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam itu disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir sebelum diterbangkan menggunakan pesawat TUDM C-130H Hercules.

Iklan

Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Datuk Noor Mohd Akmar Mohd Dom dan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim turut bersama-sama menunaikan solat jenazah serta memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Faridah.

Jenazah Allahyarhamah Faridah disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin Pangkalan Udara Subang pada Sabtu.

Terdahulu, Allahyarhamah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.

Iklan

Keputusan awal bedah siasat telah diperoleh pada 20 Mei lalu mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis atau serangan sakit jantung,

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan, ia berasaskan keputusan bedah siasat Allahyarham yang dijalankan pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan.

Majlis Penghormatan Jenazah Allahyarhamah Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri pada Khamis,

Tetamu kenamaan yang hadir memberikan tabik hormat ketika keranda jenazah diusung dan diletakkan di tengah-tengah medan dibaluti bendera UNIFIL.

Majlis tersebut dihadiri Komander UNIFIL, Leftenan Jeneral Aroldo Lazaro; Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Azri Mat Yaacob; Panglima 5 Briged (LAF), Brigedier Jeneral Ahmad Saadeh; Komander Sektor Barat, Brigedier Jeneral Enrico Fontana serta Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.

Markas Angkatan Bersama memaklumkan, upacara dimulakan dengan pengurniaan pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pingat Keberanian Tentera Lubnan (Gangsa) kepada Allahyarhamah Faridah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!