Perdana Menteri di Qatar
Iklan
Anwar mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani di Amiri Diwan.
LAWATAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 44 jam ke Qatar (Ahad, 12 Mei – Selasa, 14 Mei 2024) mengeratkan lagi hubungan 50 tahun persahabatan kedua-dua negara itu.
Lawatan tersebut merangkumi aktiviti siasah-diplomasi, perdagangan dan akademik. Pembukaan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) cawangan Qatar di Doha telah dilaksanakan.