Pemandu panas baran punca kemalangan
Iklan
Berang dibunyikan hon, sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta bertindak menahan seorang penunggang motosikal, dengan salah seorang daripadanya bertindak keterlaluan apabila menyerang mangsa di tepi jalan dalam kejadian di Klang, 2 Oktober tahun lalu.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Panas baran selain mudah melenting adalah antara sikap segelintir pengguna jalan raya yang dikesan menjadi penyumbang kemalangan jalan raya di negara ini.
Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Selangor, Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud berkata, statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menunjukkan 80 peratus punca kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada kesilapan pengguna itu sendiri bukanlah satu perkara mengejutkan.