Malaysia 'pancung' Jepun di Titiwangsa

Iklan
Aksi regu A Malaysia Muhammad Haziq Hairul Nizam (kiri), Amirul Zazwan Amir (kanan) dan Noraizat Mohd Nordin (dua, kiri) ketika menentang pasukan Jepun dalam acara Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Jumaat. Foto Bernama

[DIKEMAS KINI] SKUAD sepak takraw negara mengekalkan mentaliti menang dalam acara berpasukan Piala Dunia Kuala Lumpur 2024 selepas menjinakkan Jepun 3-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan C di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Anak buah Ahmad Jais Baharun yang masih segar dengan kemenangan mutlak 3-0 ke atas Brunei dalam perlawanan pertama ternyata tidak memberi muka kepada setiap regu Negara Matahari Terbit berkenaan.

Iklan
Iklan

Azimat kejuaraan berganda diraih dalam acara regu dan double secara keseluruhan disifatkan menjadi dos penggalak regu takraw negara menampilkan aksi konsisten berdepan angkatan Takeshi Terashim.

Regu pertama negara dikepalai Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin menghadirkan mata pertama negara apabila menundukkan Ikiki M Ito, Daishi Tam Aki dan Yota Ichikawa, 15-13, 15-4.

Iklan

Mata motivasi itu membarakan regu kedua negara dijanakkan Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi dan Mohamad Azlan Mohd Alias untuk mengatasi gandingan Toshittaka Naito, Wataru Narawa dan Ryota Haruhara, 15-5, 15-2.

Regu ketiga negara Aidil Aiman Azwawi, Mohammad Zarif Marican Ibrahim, Shaharil Aiman Halim kemudian menghabiskan sisa-sisa perjuangan Jepun apabila menewaskan Yuki Sato, Masaki Sasamoto, Hirokazu Kobasyashi, 15-5, 15-7.

Iklan

Kemenangan kedua itu menyaksikan skuad negara mara ke fasa kalah mati sebagai status juara Kumpulan C.


INFO

SABTU (25 MEI)

Piala Dunia Sepaktakraw Kuala Lumpur 2024

Suku Akhir

Indonesia lwn Myanmar, 9 pagi

Thailand lwn Jepun, 9 pagi

Malaysia lwn India, 12 tengah hari

Korea Selatan lwn Vietnam, 12 tengah hari

* Semua aksi di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur * Masa tertakluk pindaan