Padah miliki 703 jam azan tanpa perakuan KDN

Iklan
Seorang pengarah sebuah syarikat jam islamik didenda RM13,500 oleh dua Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan memiliki 703 jam azan bernilai RM222,000 tanpa perakuan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN), tahun lalu. Gambar hiasan

SELAYANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pengarah sebuah syarikat jam islamik didenda RM13,500 oleh dua Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas dua pertuduhan memiliki 703 jam azan bernilai RM222,000 tanpa perakuan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN), tahun lalu.

Pengarah Buruj Watches Sdn Bhd, Mohamad Basri Ibrahim, 34, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibuat di hadapan Majistret Chai Guan Hock dan Nur Hafizah Rajuni.

Iklan
Iklan

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Mohamad Basri didakwa memiliki Bilal Jam Azan iaitu 219 jenis Mecca Edition, 271 Medina Edition dan 213 Aqsa Edition yang tiada perakuan kelulusan oleh LPPPQ KDN, di sebuah premis di Taman Samudera, Batu Caves, pada jam 12.30 tengah hari, 27 November 2023 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1) Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Iklan

Sementara itu, Pegawai Pendakwa daripada KDN, Nik Azwin Nik Azmi dan Surieyani A Razak memohon hukuman sewajarnya sebagai pengajaran kepada tertuduh serta pemain industri percetakan itu, lebih bertanggungjawab ke atas kesucian agama dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, Mohamad Basri yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung keluarga dan isterinya juga seorang suri rumah.

Iklan

Di hadapan Guan Hock, Mohamad Basri didenda RM6,500 sementara Nur Hafizah menjatuhi tertuduh hukuman denda RM7,000.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki berkenaan dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda RM6,500 dan penjara tujuh bulan sekiranya gagal bagi denda RM7,000.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!