Pameran belon bertemakan dino di Quill City

Iklan
Salah satu aktiviti yang terdapat di pameran belon yang diadakan di Quill City.

QUILL City Mall Kuala Lumpur (Quill City) mengajak orang ramai merasai pengalaman menyertai pelbagai aktiviti menarik pada pameran belon yang bertemakan Qiddies Dino Chums Balloon Fest di pusat membeli-belah itu bermula 17 Mei hingga 2 Jun 2024.

Quill City dalam satu kenyataan memaklumkan, selepas kejayaan Space Explorer Balloon Fest tahun lepas, Quill City Mall kembali dengan aktiviti tersebut yang menjanjikan pengalaman lebih memukau untuk semua peringkat umur.

Iklan
Iklan

"Diinspirasikan oleh keajaiban dunia prasejarah, Qiddies Dino Chums Balloon Fest menjadikan Quill City sebagai tempat interaktif arca belon yang mengagumkan.

"Dihasilkan oleh pereka belon bertaraf antarabangsa, arca-arca tersebut membawa anda ke dunia Jurassic yang memukau imaginasi dan anda berpeluang untuk berjumpa dengan T-Rex yang perkasa hingga Brachiosaurus yang jinak.

Iklan
Pengunjung terutamanya kanak-kanak tidak melepaskan peluang menjadi artis belon dalam Jurassic Balloon Sculpting Adventure.

"Arca-arca belon ini dibuat sepenuhnya daripada bahan boleh terbiodegradasi maka penjagaan alam sekitar tetap menjadi keutamaan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, dengan kerjasama Proton Digital Xperience (Proton DX), Quill City Mall KL mengintegrasikan teknologi terkini ke dalam pengalaman Dino Chums.

Iklan

"Penggunaan teknologi pengesan pergerakan Proton DX membolehkan pengunjung menikmati pengembaraan yang menggabungkan inovasi dengan hiburan.

"Salah satu tarikan utama acara ini adalah Dino Escape yang membolehkan pengunjung merasai keseronokan berada di hutan purba dengan teknologi pengesan pergerakan dari Proton DX,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, bagi mereka yang lebih suka pengalaman interaktif, Train Your Qiddies Raptor menawarkan peluang untuk berinteraksi dengan robot raptor yang realistik.

"Mereka juga boleh menikmati permainan Dino Dash and Slide dan berpeluang menjadi artis belon dalam Jurassic Balloon Sculpting Adventure.

Pengunjung juga menyertai pelbagai aktiviti menarik di Bengkel Dino Bite Sandwich Creation, Great Dino Trail"Hunt for Fun, Hunt for Dinosaurs!" dan berpeluang berinteraksi dengan dinosaur-dinosaur di The Charming Meet and Greet.

Mari bertemu dan beramah mesra dengan Qiddies Dinosaurs serta melihatnya dengan lebih dekat.

Semua aktiviti adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai, Qiddies Dino Chums Balloon Fest memberikan pengalaman penuh keterujaan, kreativiti luar biasa dan imaginasi memukau untuk seisi keluarga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!