Kekal dominasi di Nilai, Azizulhasni ganda latihan menjelang Paris 2024
Iklan
Azizulhasni mempertahankan emas keirin lelaki elit di Kejohanan Trek Kebangsaan 2024.
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang kembali menggandakan latihan persiapan ke Sukan Olimpik 2024 yang bakal menyingkap tirai di Paris bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Malah Azizulhasni yang lebih dikenali 'The Pocket Rocketman' semakin bermotivasi selepas melabuh tirai mewakili Terengganu di Kejohanan Trek Kebangsaan 2024 di Velodrom Nasional, Nilai, yang menyaksikan beliau mempertahankan emas keirin lelaki elit.