DBKL kena pertimbang tawar lesen kepada 165 penjaja - Dr Zaliha

Iklan
DBKL perlu mempertimbangkan 165 tapak penjaja tanpa lesen di Bazaria Wangsa Maju ke dalam senarai pemutihan untuk ditawarkan lesen melalui inisiatif Lestari Niaga.

PUTRAJAYA - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarahkan untuk mempertimbangkan 165 tapak penjaja tanpa lesen di Bazaria Wangsa Maju ke dalam senarai pemutihan untuk ditawarkan lesen melalui inisiatif Lestari Niaga.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Mereka yang telah diberi lesen untuk kembali berniaga kelak akan ditempatkan semula di kawasan gerai berlesen Bazaria Wangsa Maju atau di mana-mana lokasi yang berdekatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, perobohan ke atas 165 tapak penjaja tanpa lesen itu merupakan tindakan penguatkuasaan yang dilaksana DBKL.

Iklan

Tambahnya, kapasiti tapak sementara Bazaria Wangsa Maju pada masa ini mampu menempatkan 500 tapak untuk peniaga berlesen.

"Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk memastikan penjaja yang berdaya saing di Kuala Lumpur diberi peluang melalui inisiatif Lestari Niaga untuk meneruskan perniagaan mereka secara sah dengan tapak gerai yang lebih kondusif dan berstruktur," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!