Luar kedai kopi, dalam rupanya pusat judi
Iklan
TNB membuat Pemotongan elektrik kedai kopi yang dikesan menjalankan aktiviti judi dalam talian.
SEREMBAN - Daripada pandangan luar kelihatan kedai kopi, namun apabila diperiksa rupa-rupanya ia adalah lokasi aktiviti judi dalam talian.
Bagaimanapun taktik berkenaan berjaya dibongkar pihak berkuasa dan enam premis di daerah ini telah diserbu menerusi Ops Pemotongan Khas dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seremban dengan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, ada premis yang beberapa kali pernah diambil tindakan, namun masih berani menjalankan aktiviti haram terbabit.
"Pembekuan utiliti ini selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Premis berkenaan memiliki persamaan iaitu berselindung di sebalik kedai kopi atau cafe dengan rekaan luarnya yang menarik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Iklan
Menurutnya, keenam-enam premis berkenaan memiliki persamaan iaitu berselindung di sebalik kedai kopi atau cafe dengan rekaan luarnya yang menarik bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang dan salurkan maklumat kepada pihak polis.
Iklan
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>