Kumpulan antiteknologi imbangi AI
Iklan
neo-Luddites boleh bertindak sebagai pengimbang kepada perubahan teknologi tanpa henti dan mereka boleh menimbulkan soalan penting dan menggalakkan pendekatan lebih berhati-hati serta bertimbang rasa terhadap AI dan automasi. - Gambar hiasan 123RF
Kembali kepada asas. Khabarnya ada kumpulan menggelar diri neo-Luddites sedang memperkenalkan gaya kehidupan asas menggunakan telefon bimbit dikenali dumbphones – tiga kegunaan ringkas iaitu melakukan panggilan, membuat pesanan ringkas (SMS) dan alat penggera.
Khabarnya kumpulan itu mendakwa telefon bimbit canggih dan memiliki terlalu banyak kegunaan menyebabkan kehidupan manusia bercelaru. Kumpulan neo-Luddites sebagaimana dakwaan wartawan BBC News, Brennan Doherty menolak penggunaan telefon bimbit canggih, kononnya ia boleh menjejaskan fokus sesuatu perkara, kadar tidur berkualiti berkurangan dan berpotensi menimbulkan masalah kesihatan mental.