Penunggang maut motosikal masuk parit

Iklan
Pasukan bomba membantu membawa naik mangsa selepas terbabas ke dalam Parit di Changkat Jong, Teluk Intan pada Khamis. Foto: ihsan Bomba Perak

TELUK INTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas masuk parit di Batu 9, Changkat Jong dekat Langkap pada Khamis.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Zaimi Adnan, 38, yang menunggang motosikal jenis Yamaha R15 bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Mohd Ismail Mohd Yunus berkata, sepasukan lapan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilam pada jam 7.25 malam.

"Panggilan diterima bagi membantu pihak hospital mengambil mangsa yang terjatuh ke dalam Parit.

Iklan

"Mangsa berjaya dinaikkan menggunakan pengusung sebelum disahkan maut oleh pegawai Kesihatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 8.10 malam.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!