Keputusan SPM 2023 boleh disemak melalui SMS, laman sesawang KPM

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi platform media sosial X memaklumkan, semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Iklan
Iklan

"Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023. Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my,” menurut KPM.

Sementara itu, mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan.

Iklan

KPM sebelum ini memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini dan calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!