Sembilan maut, 50 cedera pentas runtuh semasa kempen pilihan raya

Iklan
Angin kencang menyebabkan sebahagian daripada pentas runtuh semasa acara kempen pilihan raya di timur laut Mexico pada Rabu malam. Foto EPA

MEXICO CITY - Sembilan orang maut dan ramai lagi cedera apabila angin kencang menyebabkan sebahagian daripada pentas runtuh semasa acara kempen pilihan raya di timur laut Mexico pada Rabu malam.

Gabenor Nuevo Leon, Samuel Garcia berkata, sembilan orang, termasuk seorang kanak-kanak, maut dan 50 lagi mengalami kecederaan.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya tiga orang sedang menjalani pembedahan.

"Jika boleh, elakkan keluar kerana terdapat ribut dan angin kencang," kata García dalam satu hantaran di platform media sosial X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Iklan

"Saya menyesali kemalangan di San Pedro Garza García," kata Presiden Mexico Andrés Manuel López Obrador dalam hantaran di platform X.

Calon presiden Jorge Alvarez Máynez daripada parti kecil berhaluan kiri tengah, Movimiento Ciudadano, berada di atas pentas bersama calon datuk bandar dan yang lain semasa kejadian berlaku di bandar San Pedro Garza Garcia, berhampiran Monterrey. Maynez tidak mengalami kecederaan.

Iklan

Video yang beredar di media sosial menunjukkan struktur besar runtuh ke arah penonton, mencetuskan panik.

Pilihan raya presiden, parlimen dan wilayah dijadualkan berlangsung di Mexico pada 2 Jun. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!