Syahir hadiahkan kemenangan buat Faisal Halim

Iklan
Pasukan Malaysia meraikan kemenagan selepas menjadi Juara dalam acara Regu dan Beregu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa pada Rabu. Foto Bernama

SKUAD sepak takraw negara menghadiahkan kejuaraan berganda dalam acara regu dan double pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim yang kini sedang menerima rawatan akibat disimbah asid 5 Mei lalu.

Tekong pasukan sepak takraw negara, Mohammad Syahir Mohd Rosdi berkata, pasukan sepak takraw negara sentiasa bersama Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey mengharungi dugaan itu.

Iklan
Iklan

"Kemenangan ini saya hadiahkan kepada Faisal Halim yang tengah berjuang untuk kariernya.

"Kami pasukan Malaysia mendoakan Faisal Halim cepat sembuh dan kami bersama dengannya," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Faisal atau dikenali sebagai Mickey menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden tersebut dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran tersebut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Iklan

Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan menunjukkan perkembangan positif dalam proses rawatannya apabila luka lecuran yang dialaminya itu semakin pulih dan dijangka dapat keluar dari hospital dalam masa terdekat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!