Suspek pecah masuk rumah Khuzaimi Piee guna MPV putih - Polis

Iklan
Polis sahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah yang melibatkan kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Polis sahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian pecah rumah yang melibatkan kediaman pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 11.30 malam tadi.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kenderaan jenis MPV warna putih dan melarikan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15R seperti mana diviralkan. Semasa kejadian mangsa dan ahli keluarga tiada di rumah,

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 14 tahun dan hendaklah dikenakan denda,” kata beliau dalam kenyataan media.

Iklan

Pihak polis, kata beliau, ketika ini sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek pada kadar segera.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Laymand Rayne di talian 014-6907071. - Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!