Hatrik Lookman bantu Atalanta julang Liga Europa

Iklan
Pemain Atalanta meraikan kejayaan menjuarai Liga Europa. Foto AFP

ADEMOLA Lookman meledak hatrik ketika Atalanta menewaskan Bayer Leverkusen 3-0 dalam perlawanan akhir Liga Europa pada awal pagi Khamis.

Lookman, yang bergelut di Liga Perdana Inggeris bersama Everton, Fulham dan Leicester City sebelum menghidupkan semula kariernya di Itali di bawah jurulatih Atalanta, Gian Piero Gasperini, menjaringkan dua gol dalam 26 minit pertama sebelum mengesahkan kemenangan 15 minit sebelum tamat perlawanan.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu menamatkan usaha Gasperini selama dua dekad untuk memburu trofi utama untuk Atalanta selain memadam rekod 51 perlawanan tanpa kalah Leverkusen.

"Kami perlu menyerang, ia tidak cukup hanya untuk bertahan. Kami tahu pasukan ini hebat dalam menyerang. Semua orang luar biasa.

Iklan

"Cara kami melakukannya adalah perkara paling penting, kami berhak mendapatnya tanpa sebarang keraguan menentang pasukan yang begitu kuat. Memenangi Liga Europa adalah pencapaian yang luar biasa," kata Gasperini kepada Sky Sports Italia.

Dalam pada itu, Lookman menyifatkan kemenangan itu adalah detik indah dalam kariernya apatah lagi menjadi watak penting dalam menjulang kejuaraaan Liga Europa.

Iklan

"Ini adalah antara malam terbaik dalam hidup saya. Ia persembahan terbaik daripada pasukan. Kami berjaya melakukannya. Kami mencipta sejarah hari ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!