Anak MB Perlis tiba di mahkamah

Iklan
Anak MB Perlis tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 8.05 pagi pada Khamis.

KANGAR - Anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli tiba di Mahkamah Sesyen pada Khamis untuk menghadapi pertuduhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau tiba di Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira jam 8.05 pagi sebelum bergerak ke Mahkamah Sesyen pada jam 8.45 pagi.

Iklan
Iklan

Pada 24 April lalu, SPRM menahan enam individu termasuk, anak Menteri Besar, seorang setiausaha politik dan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur, seperti kerja pembaikan dan penyelenggaraan, bekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Mereka dibebaskan dua hari kemudian dengan ikat jamin RM10,000 setiap seorang selepas perintah reman mereka tamat.

Iklan

Pada Rabu, SPRM mengeluarkan surat jemputan media, memaklumkan bahawa suruhanjaya itu telah mendapat kebenaran untuk mendakwa pemilik syarikat dan bekas setiausaha politik di dua mahkamah berasingan pada Khamis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan