Rekrut Tuchel tak selesai masalah United

Iklan
Tuchel (kanan) dan ten Hag berdepan musim suram bersama kelab masing-masing musim ini. Foto: Agensi

MANCHESTER United disifatkan melakukan tindakan kurang bijak jika merekrut Thomas Tuchel pada musim depan.

Perkara itu dinyatakan legenda Arsenal, Emmanuel Petit sambil menegaskan pelantikan Tuchel tidak akan menyelesaikan masalah di Old Trafford.

Iklan
Iklan

Menurut Petit, masalah yang timbul di Old Traffrd bukan berpunca daripada pengurus sebaliknya ia berpunca daripada sikap dan persekitaran penuh toksik dalam kalangan pemain.

"United perlu melakukan rombakan besar-besaran. Jika mereka mahu menggantikan pengurus, United juga perlu menyingkirkan sebahagian besar pemain.

Iklan

"Saya melihat separuh daripada pemain yang diturunkan musim ini tiada jiwa dan tidak layak bermain untuk United.

"Jika Tuchel datang sekali pun, dia tidak akan mampu memperbaiki keadaan jika pemain-pemain toksik masih berada di kelab tersebut,” ujar Petit.

Iklan

Tuchel dan Bayern Munich sudah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kolaborasi mereka sebaik sahaja musim Bundesliga berakhir.

Bekas pengendali Chelsea itu antara nama yang dikatkan dengan United untuk musim 2024/25 sekiranya kelab tersebut memutuskan untuk memecat Erik ten Hag sejurus perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu ini.

Musim ini, United menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kelapan iaitu rekod terburuk The Red Devils sepanjang sejarah penyertaan mereka dalam saingan utama England.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!