Inflasi dijangka naik tapi terkawal - Pakar ekonomi
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis. Gambar kecil dari kiri: Ahmed Razman, Aimi Zulhazmi
SHAH ALAM - Inflasi Malaysia dijangka berlaku sedikit peningkatan, namun masih lagi di bawah kadar purata yang baik iaitu tiga peratus susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
Penganalisis ekonomi dari Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, kadar inflasi negara kini ialah 1.8 peratus dan jika naik kepada dua peratus susulan langkah berkenaan, ia disifatkan masih boleh diterima.