'Kenaikan harga barang, perkhidmatan dijangka berlaku'
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa. Gambar kecil: Heng Guie
SHAH ALAM - Penyasaran subsidi diesel yang membabitkan pengguna Semenanjung dijangka menyebabkan kenaikan pada harga barang dan perkhidmatan.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie berkata, kenaikan tersebut bagaimanapun bergantung kepada perincian mekanisme pelaksanaan subsidi diesel yang akan diumumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan tidak lama lagi.