Jun Hao, Jin Wei lepasi halangan pertama Malaysia Masters 2024

Iklan
Aksi Perseorangan Lelaki negara, Leong Jun Hao ketika menentang pemain China Lei Lan Xi pada peringkat kelayakan perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena Bukit Jalil pada Rabu. Foto Bernama

WALAUPUN perlawanan diheret hingga 81 minit tidak menggoyahkan semangat juang pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk menunjukkan jalan keluar kepada Lei Lan Xi dari China pada pusingan pertama Malaysia Masters 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.

Pemain di ranking ke-37 dunia itu yang ketinggalan 13-21 pada set pertama, bangkit pada dua set seterusnya dengan 23-21 dan 21-12 untuk menoktahkan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Iklan
Iklan

"Saya rasa (prestasi) bertambah baik kerana sekarang banyak bermain di kejohanan bertaraf tinggi.

Leong Jun Hao ketika menentang pemain China Lei Lan Xi pada peringkat kelayakan perlawanan Kejohanan Badminton Masters Malaysia Axiata Arena Bukit Jalil pada Rabu. Foto Bernama

"Saya teruskan satu demi satu dan langkah demi langkah untuk mencapai tahap yang lebih tinggi bagi diri saya,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Iklan

Mengenai pendapat menyatakan pemain China sukar ditumpaskan, Jun Hao berkata, setiap pemain mempunyai ‘lenggok’ tersendiri dan mengesan perbezaan itu akan membantu mereka menumbangkan pemain berkenaan.

Jun Hao seterusnya akan bertemu sama ada Toma Junior Popov dari Perancis atau pilihan ketiga kejohanan Li Shi Feng dari China.

Mengikuti jejak Jun Hao ialah perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang mengenepikan cabaran pemain Ukraine, Polina Buhrova, 21-16, 18-21 dan 21-14 untuk bertemu Busanan Ongbamrungphan dari Thailand pada pusingan kedua Malaysia Masters 2024, esok.

Iklan

Mengikut rekod pertemuan sebelum ini, pemain berusia 24 tahun itu pernah ditewaskan Busanan sebanyak tiga kali iaitu di Indonesia Masters 2016, Terbuka Thailand 2016 dan Kejohanan Badminton Asia 2018. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!