Anwar tiba di Jepun untuk lawatan kerja tiga hari

Iklan
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

TOKYO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Rabu untuk lawatan kerja tiga hari di Jepun.

Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada kira-kira jam 9 malam waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).

Iklan
Iklan

Antara yang mengiringi Perdana Menteri dalam lawatannya ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Naib Menteri Luar Parlimen Jepun, Yasushi Hosaka dan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi berada di lapangan terbang bagi menyambut ketibaan Perdana Menteri. Turut hadir, Duta Besar Malaysia ke Jepu,n Datuk Shahril Effendi Abd Ghany.

Iklan

Perdana Menteri yang berada di sini bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-29 (Persidangan Nikkei), turut dijadual bertemu dengan rakan sejawatannya dari Jepun Fumio Kishida untuk mesyuarat dua hala, dan beliau juga dijadualkan mengadakan beberapa pertemuan dengan kapten industri tempatan, pelajar dan ahli akademik.

Jepun merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut. Tahun lepas jumlah perdagangan antara Malaysia dan Jepun bernilai RM156.64 bilion (AS$34.39 bilion). - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!