Tiada permohonan permit adakan parti di pulau - Polis

Iklan
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan pemilik sebuah resort persendirian di Pulau Lang Tengah akan dipanggil pada Khamis berhubung penularan beberapa keping gambar dan poster memaparkan penganjuran sebuah parti liar di kawasan peranginan itu. Gambar kecil: Azli

KUALA TERENGGANU - Polis tidak menerima sebarang permohonan permit bagi mengadakan parti di sebuah pulau peranginan di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang makluman berhubung aktiviti yang diadakan itu.

Iklan
Iklan

"Melalui semakan kita tidak mendapat sebarang makluman oleh pihak resort berkaitan aktiviti yang diadakan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai penularan video dan poster yang memaparkan penganjuran sebuah parti liar di kawasan peranginan itu pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya akan memanggil pemilik resort terbabit bagi mengemukakan penjelasan berhubung isu yang tular di media sosial sejak Selasa.

Katanya pertemuan itu juga akan turut melibatkan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Iklan

Ujarnya, perkara itu akan disiasat terlebih dahulu dan mengambil tindakan sekiranya terdapat pelanggaran garis panduan hiburan, pelancongan atau kelulusan permit.

Pada Selasa tular poster dan gambar memaparkan wanita berpakaian separuh bogel menghadiri sebuah parti liar dinamakan Aloha Party yang diadakan di Pulau Lang Tengah, Kuala Nerus.

Gambar tersebut mendapat perhatian ramai malah rata-rata daripada netizen mengatakan parti tersebut tidak sesuai diadakan di negeri ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!