Syor KKM pantau semula kes harian Covid-19
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil: Sazaly
SHAH ALAM - Pakar mengesyorkan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kembali memantau kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini susulan peningkatan kes pandemik itu di negara jiran, Singapura.
Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, pemantauan secara menyeluruh sepatutnya dibuat termasuk dengan melakukan penjujukan genom atau ujian terhadap sampel diambil daripada pesakit bagi menentukan varian pandemik tersebut.