Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar oleh Fed AS
Iklan
Gambar hiasan.
RINGGIT diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.6845/6880 berbanding dolar AS daripada 4.6865/6890 pada Jumaat lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kemungkinan penurunan sebanyak 25 mata asas pada September meningkat kepada 50 peratus daripada 40 peratus pada bulan sebelumnya.
"Begitu juga, kemungkinan untuk penurunan kadar pada Disember naik kepada 62.1 peratus daripada hanya 42.5 peratus pada bulan sebelumnya,” katanya kepada Bernama.
Iklan
Oleh itu, katanya ringgit akan kekal positif dengan peserta pasaran akan meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, yang akan dikeluarkan pada 23 Mei.
"Mungkin kita boleh mencari lebih banyak bukti dalam minit itu yang menyatakan pilihan kenaikan kadar tiada dalam senario mereka, sekali gus memberikan sokongan kepada status quo dan kemungkinan peralihan pendirian monetari apabila trend disinflasi berterusan,” katanya.
Iklan
Bagaimanapun, beliau menjangka ringgit akan berada pada paras halangan 4.6870 berikutan petunjuk teknikal yang menunjukkan kepada kedudukan terlebih beli.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding yen Jepun, yang naik kepada 3.0046/0071 daripada 3.0071/0089 pada Jumaat lepas.
Mata wang tempatan rendah berbanding euro kepada 5.0939/0977 daripada 5.0816/0843 dan merosot berbanding pound kepada 5.9503/9547 daripada 5.9303/9335 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN, naik berbanding peso Filipina kepada 8.12/8.13 daripada 8.13/8.14 dan berbanding rupiah Indonesia kepada 293.5/293.9 daripada 293.6/294.0 sebelum ini.
Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4816/4847 daripada 3.4784/4806 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9765/9915 daripada 12.9390/9516. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>