Guna gelaran pakar pembersihan, naik taraf sijil profesional
Iklan
Kerajaan dan syarikat yang mengendali pekerjaan tukang cuci atau 'cleaner' perlu teliti semula nama kerjaya tersebut serta wajibkan pemilikan sijil kemahiran bagi menaik taraf profesionalisme dalam bidang berkenaan. Gambar kecil dari kiri: Abdul Rahim, Nurul Sakinah
SHAH ALAM - Kerajaan dan syarikat yang mengendali pekerjaan tukang cuci perlu menjenamakan semula kerjaya itu serta mewajibkan pemilikan sijil kemahiran bagi menaik tahap profesionalisme dalam bidang berkenaan.
Pakar Ekonomi Pusat Pasaran Buruh Masa Depan (EU-ERA), Nurul Sakinah Ngaini berkata, kaedah tersebut merupakan langkah yang boleh diambil sebagai usaha menarik perhatian lebih ramai anak tempatan untuk menceburi kerjaya sebagai tukang cuci.