Kesuma tiada kawalan terhadap terma kontrak
Iklan
Pekerja pembersihan mencuci longkang dengan menggunakan alat pancutan air bertekanan tinggi. Gambar kecil: Abdul Rahman
PUTRAJAYA - Kawalan terhadap terma-terma kontrak termasuk kontrak perkhidmatan pembersihan bukan terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).
Sebaliknya kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Mohamad, ia adalah berdasarkan kontrak yang dirunding oleh kedua-dua pihak yang terlibat.