Bersatu bakal berpecah jika kekal budaya warlord
Iklan
Bersatu bakal mengadakan pemilihan pada Jun hadapan. Foto fail Bernama
MENELUSURI sejarah politik negara, kewujudan budaya warlord atau cai sewaktu pemilihan parti bukanlah perkara asing.
Sejak zaman kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam UMNO, negara digemparkan dengan pertembungan antara Team A yang menyokong bekas Ahli Parlimen Langkawi itu serta Team B (fraksi kepimpinan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah) sewaktu pemilihan parti berkenaan pada tahun 1987.