Penang, Terengganu sama kental di Bandaraya

Iklan
Akhyar diasak pemain Penang dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Ahad. Foto: Bernama

PENANG FC meneruskan persembahan cemerlang dalam saingan Liga Super apabila mengikat pasukan berprofil tinggi, Terengganu FC, 0-0 dalam perlawanan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.

Harimau Kumbang kendalian Akmal Rizal Rakhli selepas membawa pulang satu mata dari Stadium Likas setelah mengikat satu lagi pasukan berprofil tinggi musim ini Sabah FC minggu lalu ternyata sekali lagi berjaya mengekalkan tahap disiplin.

Iklan
Iklan

Penjaga gol Harimau Kumbang Sikh Izhan Nazrel sekali lagi menjadi watak penting bersama pemain pertahanan lain menyerap asakan jentera serangan skuad Penyu pada separuh masa pertama.

Terengganu yang masih diinspirasikan kemenangan 3-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, 11 Mei lalu lebih banyak menguasai permainan menerusi gerakan yang dijanakan Akhyar Rashid.

Iklan

Pasukan pelawat hampir memimpin perlawanan setelah Sikh Izhan tertewas sentuhan Manuel Ott, namun jaringan bekas pemain tengah Kedah Darul Aman FC itu dibatalkan akibat offsaid.

Separuh masa kedua, skuad Penyu kendalian Tomislav Steinbruckner meningkatkan tekanan menyaksikan benteng Harimau Kumbang dikemudikan Rafael Vitor sekali lagi menyerap asakan dengan disiplin tinggi.

Iklan

Penang yang sekali sekala mengasak benteng Terengganu akhirnya berjaya menghadirkan jaringan menerusi Nabil Latpi, namun terpaksa akur dibatalkan selepas mengasari benteng terakhir skuad Penyu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin hasil semakan video bantuan pengadil (VA

Keputusan di Stadium Bandaraya itu menyaksikan Penang kini mengumpul dua mata manakala Terengganu pula tiga mata selepas masing-masing mengharungi dua perlawanan.

Angkatan Steinbruckner selepas ini akan menanti kunjungan Kelantan Darul Naim FC dalam Derbi Pantai Timur di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (24 Mei) manakala anak buah Akmal Rizal akan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang berdepan PDRM FC (25 Mei).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!