Polis siasat kes ugutan bunuh terhadap Teresa Kok

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Rusdi

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung ugutan diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi sepucuk surat mengandungi dua butir peluru pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan berkaitan kira-kira jam 9 malam.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sampul surat yang dikirim mengandungi sekeping nota berbentuk amaran dan dua butir peluru.

"Kes disiasat bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, kes masih di peringkat awal, namun pihaknya memandang serius isu terbabit.

"Orang ramai diingatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Iklan

"Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Pada Sabtu, Teresa menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya.

Susulan itu, Terasa dalam hantaran di laman Facebooknya memberitahu telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Petaling.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!