ABIM saran kerajaan perkenal rebat kepada pemilik
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat berhubung tangki air bangkai yang boleh mengancam kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.
SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan agar kerajaan memperkenalkan rebat kepada pemilik tangki air terutama golongan B40 bagi menggalakkan kemudahan itu diselenggara secara berkala.
Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pemberian rebat itu mampu mengurangkan kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung oleh pemilik tangki air.