Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan aktiviti pengambilan untung

Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat disebabkan aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan baru-baru ini.

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat disebabkan aktiviti pengambilan untung berikutan kenaikan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit berkurangan kepada 4.6865/6890 berbanding dolar AS daripada 4.6810/6850 semasa ditutup pada Khamis.

Iklan
Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, ringgit menyusut sedikit hari ini berikutan ia meningkat dengan ketara sejak awal Mei apabila USD/MYR diniagakan pada sekitar RM4.7725.

Semalam, ringgit meningkat kepada 4.6800 berbanding dolar AS, paras terakhir yang dicatatkan pada dua bulan lepas.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) suku pertama negara adalah lebih baik berbanding jangkaan iaitu pada 4.2 peratus"dan menunjukkan ekonomi Malaysia agak berdaya tahan meskipun berdepan kelemahan ringgit dan kos hidup yang semakin meningkat.”

Afzanizam berkata"BNM kekal konsisten dalam mesejnya memandangkan bank pusat itu terus menyaksikan risiko peningkatan kepada inflasi.”

Iklan

"Ini boleh diterjemahkan kepada kadar dasar semalaman yang stabil dalam tempoh terdekat ini kerana bank pusat amat prihatin dengan risiko kestabilan harga,” katanya.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.0071/0089 daripada 3.0264/0292 semasa ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 5.0816/0843 daripada 5.0882/0926. Bagaimanapun, ia

lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.9303/9335 daripada 5.9299/9350 sebelumnya.

Mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4784/4806 daripada 3.4813/4846 semasa ditutup pada Khamis dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.14/8.15.

Mata wang itu meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9390/9516 daripada 12.9503/9671 semalam dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 293.6/294.0 daripada 293.9/294.3. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!