PUTRAJAYA - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan memberikan insentif sebanyak RM500 kepada 289 orang bakal jemaah haji daripada keluarga B40 Wilayah Persekutuan, untuk musim haji tahun 2024M/1445H.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan pada Jumaat berkata, pemberian insentif itu, sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada kebajikan masyarakat B40, serta mereka yang memerlukan.