AFC sokong saranan gantung Israel

Iklan

KONFEDERASI Bolasepak Asia (AFC) memberikan sokongannya terhadap cadangan Palestin untuk menggantung Israel daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berikutan perang berterusan di Gaza dalam ucapan kongresnya di Bangkok, malam tadi.

Presiden AFC, Sheikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa, menyuarakan sokongannya terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin menjelang kongres FIFA hari ini yang bertujuan untuk menerima sekatan segera dan sewajarnya terhadap pasukan Israel.

Iklan
Iklan

Gaza mengalami kemusnahan akibat pengeboman berterusan sejak pencerobohan yang mengundang Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyentuh perkara itu dalam ucapannya kepada perwakilan ketika menyeru mereka agar bersatu dalam usaha menangani isu-isu dalam dan luar sukan itu.

"Kita semua menderita dengan apa yang berlaku di Palestin. Kami berdoa untuk ibu yang kehilangan anak dan kami berdoa untuk ibu yang kehilangan anak di mana-mana di dunia," katanya.

Iklan

"Pengaruh bola sepak untuk mengubah situasi tragis di dunia ini hanya sedikit dan apa yang boleh kami lakukan ialah menunjukkan perpaduan kerana bola sepak adalah yang menyatukan semua orang."

Dalam masa sama, badan bola sepak Asia itu juga memansuhkan had penggal bagi pemegang jawatan tertinggi. - Stadium Astro/ Awani

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!