[VIDEO] Balai polis diserang: Jenazah mangsa tiba di Jabatan Forensik HSI

Iklan

JOHOR BAHRU - Jenazah dua anggota polis yang maut akibat ditetak dan ditembak dalam insiden ceroboh di Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi tadi, kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).

Turut dibawa ke Jabatan Forensik HSI, jenazah suspek yang terlibat dalam serangan itu.

Iklan
Iklan

Kesemua jenazah tiba sekitar jam 9 pagi tadi.

Suasana di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail.

Bagaimanapun ketika ini, masih tiada ahli keluarga mangsa yang berada di hospital.

Iklan

Dalam insiden jam 4.41 pagi Jumaat, suspek bertopeng dan bersenjatakan parang telah menceroboh balai polis berkenaan serta menetak anggota polis bertugas di belakang kepala dan leher.

Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat. Foto Bernama

Suspek kemudiannya merampas dua senjata api dan menembak seorang lagi anggota polis pada bahagian pipi sehingga menembusi kepala.

Iklan

Seorang lagi anggota polis berpangkat konstabel turut ditembak suspek dan kini berada di Zon Merah hospital akibat cedera parah.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika ditemui di balai polis tersebut mengesahkan kejadian itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!