Air kotor ancam fungsi organ manusia
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Dr Zainal Ariffin
SHAH ALAM - Manusia berisiko berhadapan dengan gangguan fungsi organ tubuh jika terdedah kepada penggunaan air tangki kotor dalam jangka masa panjang.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, tangki air tidak diselenggara mengikuti tempoh yang ditetapkan menyebabkan kewujudan benda asing seperti karat, kuman, tanah dan organisma lain termasuk cacing.