Sokong dasar perlu jadi syarat MoU
Iklan
Antara syarat lain perlu dimasukkan dalam MoU berkenaan termasuklah supaya semua ahli Parlimen pembangkang dan penyokong kerajaan berbahas secara berhemah dan tertib di Dewan Rakyat nanti. Gambar kecil dari kiri: Azli Yusof, Mohd Sany Hamzan
SHAH ALAM - Agenda menyokong dasar kerajaan perlu dijadikan sebahagian syarat penting dalam Draf memorandum persefahaman (MoU) berkaitan penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, selain isu 3R (raja, bangsa, agama).
Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, perkara itu perlu bagi memastikan semua ahli Parlimen pembangkang menyokong penuh dasar yang baik dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat pada masa depan.