Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga

Iklan
Skuad hoki wanita negara tamatkan kempen Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2024 di tempat ketiga selepas tewaskan Indonesia 4-0 di Chonburi, Thailand, hari ini. Foto FB Malaysian Hockey Confederation

SKUAD hoki wanita negara menamatkan kempen Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2024 di tempat ketiga selepas menewaskan Indonesia 4-0 pada perlawanan penentuan kedudukan di Chonburi, Thailand, hari ini.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad negara yang dibimbing Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.

Iklan
Iklan

Tonggak pertahanan, Fazilla Sylvester Silin menjadi watak penting skuad negara apabila menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketiga menerusi gol padang sebelum menghasilkan kedua peribadi pada minit ke-26 manakala Ellya Syahirah Ellias memanfaatkan pukulan sudut penalti minit ke-13.

Pemain pertahanan, Juliani Mohamad Din melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menyempurnakan penalti strok pada minit ke-34.

Iklan

Dalam pada itu ketua jurulatih, Mohd Rodzhanizam bersyukur anak buahnya mempamerkan semangat memadam kehampaan tumpas tipis 1-2 di tangan tuan rumah pada aksi separuh akhir semalam untuk mengalahkan Indonesia, selaku naib juara edisi 2022.

Malaysia membuka tirai saingan Kumpulan A dengan membelasah Vietnam 25-0 dan Oman 12-1 pada Isnin sebelum tewas 1-5 kepada Kazakhstan dan mengesahkan slot ke separuh akhir dengan menumpaskan Iran 4-2, pada Selasa.

Iklan

Malaysia pernah menjulang Piala Asia sekali selepas menewaskan Kazakhstan 2-1 ketika menjadi tuan rumah edisi sulung pada 2009 di Ipoh, Perak. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!