Nakkan gelaran Datuk Seri, ahli perniagaan rugi RM375,000

Iklan
Gambar hiasan.

MUAR - Seorang ahli perniagaan terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM375,000 selepas terpedaya dengan tawaran darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, wanita berusia 45 tahun itu mendakwa ditawarkan darjah kebesaran dipercayai dari Pahang, daripada seorang lelaki yang juga rakan kongsinya pada Jun 2022.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah melakukan 35 transaksi pindahan secara dalam talian kepada suspek dengan nilai keseluruhan sebanyak RM375,000.

"Pada Ogos 2022, mangsa mendapat watikah penganugerahan gelaran itu, namun apabila semakan dibuat, mangsa mendapati namanya tiada dalam senarai.

Iklan

"Sehingga sekarang, mangsa mendakwa dia tidak menerima apa-apa anugerah seperti dijanjikan suspek," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis pada Rabu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Iklan

Beliau turut menasihatkan orang ramai lebih cakna dan mengambil tahu trend semasa jenayah komersial bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan, selain mendapatkan maklumat berkaitan modus operandi jenayah komersial melalui akaun rasmi JSJK @cybercrimealert dan @JSJK PDRM di Facebook, Instagram dan TikTok.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!