Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang

Iklan
Gambar hiasan

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Ipoh yang dilaporkan hilang sejak 24 April lepas.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerima laporan mengenai kehilangan Safiea Dania Muhamad Zakri yang beralamat Lot 60630, Jalan Intan, Kampung Dato' Ahmad Said di sini.

Iklan
Iklan

"Kepada sesiapa yang menjumpai atau mempunyai apa-apa maklumat mengenai individu tersebut, bolehlah menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Anis Safira Roslan di talian 018-7865440,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat. - Bernama

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!